FAQs

1. Soalan :
Mengapa Halia Pala Mint (HPM) tidak mempunyai datar MAL (Kementerian Kesihatan Malaysia)?


Jawapan :
MAL ialah daftar ubat-ubatan dengan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).  HPM ini diformulakan dengan ramuan tanpa bahan kimia dan kuantiti bahan yang terkandung tidak mencapai ke tahap yang memerlukan HPM didaftarkan sebagai ubat dengan pihak KKM. HPM telah mendapatkan “Pengkelasan Kualiti Makanan” oleh Bahagian Keselamatan & Kualiti Makanan Kementerian Kesihatan Malaysia sejak 20hb April 2009.


2. Soalan :
Mengapa Halia Pala Mint (HPM) tidak mempunyai logo HALAL?


Jawapan :
HPM diformulakan oleh pengasas produk SRASEE.  Sebagai seorang yang beragama Islam, penggunaan bahan untuk menghasilkan HPM ini sudah tentu dipilih dan dipastikan dari bahan-bahan yang halal, tidak meragukan dan jauh daripada unsur gharar.  Keperluan mendapatkan sijil Halal bukanlah diwajibkan oleh pihak berkuasa.  Bagaimanapun, bagi matlamat meyakinkan pengguna, pihak SRASEE telah memohon pengesahan daripada Jabatan Agama Islam Negeri Johor dan telah diberikan taraf Halal pada 31 Disember 2008.

Keperluan memperbaharui sijil ini setiap tahun menyebabkan pihak SRASEE tidak memperbaharuinya lagi kerana ia akan melibatkan peningkatan terhadap harga kos pengeluaran HPM. Peningkatan harga kos HPM sudah pasti akhirnya akan membebankan pihak pengguna kemudian hari.

Justeru, ambillah HPM tanpa rasa was-was sebagaimana kita tidak pernah mempertikaikan sijil Halal segala makanan yang kita beli dari warung, gerai, pasar malam mahupun restoran milik orang Islam kerana kami di pihak SRASEE pun mengamalkan pengambilan HPM ini untuk kesihatan kami dan bukan sebagai pihak pengeluar untuk tujuan komersil semata-mata.


3. Soalan :
Adakah pengambilan HPM ini sesuai untuk pesakit kencing manis (diabetes)?


Jawapan :
Pengambilan HPM tidak menjadi masalah kepada tahap kesihatan pesakit kencing manis.  Yang penting, pastikan pengambilan air masak (air putih) yang mencukupi setiap hari atau sekurang-kurangnya 2 liter sehari bagi membantu melancarkan sistem peredaran darah dalam tubuh badan kita.  Kekurangan air masak dalam tubuh badan kita akan menyebabkan darah menjadi pekat, dan akhirnya akan menjejaskan fungsi ginjal sebagai penapis toksin/racun dalam darah.


4. Soalan :
Adakah pengambilan HPM ini boleh diambil serentak dengan ubat-ubatan saranan pihak hospital atau klinik?


Jawapan :
Pengambilan HPM tidak menjadi masalah kepada pesakit yang sedang mengambil ubat-ubatan daripada hospital atau klinik, terutamanya bagi kes kencing manis dan darah tinggi.  Yang penting, ubat-ubatan tersebut diambil mengikut saranan pihak hospital atau klinik dan hanya boleh dikurangkan atau dihentikan atas saranan doktor yang sedang merawat anda.

 
5. Soalan :
Adakah HPM ini boleh diberikan kepada bayi dan kanak-kanak?


Jawapan :
HPM boleh diberikan kepada bayi mahupun kanak-kanak, tetapi pada jumlah yang agak kecil.  Contohnya, bagi kanak-kanak yang berusia antara 4-6 tahun, boleh diberikan HPM antara 3-5 biji sehari dengan cara melarutkannya ke dalam 500ml air masak.  HPM juga boleh diberikan terus kepada kanak-kanak seperti memakan gula-gula.  Yang penting, pastikan mereka ini meminum air masak yang banyak bagi membantu proses pengaliran darah yang baik dan seterusnya air ini bertindak sebagai agen pemangkin pembuangan toksin dalam tubuh badan.



6. Soalan :
Adakah HPM  boleh dicampurkan dengan susu formula bayi atau jus buah-buahan?


Jawapan :
Tiada masalah.  HPM ini boleh dicampurkan dalam susu formula bayi mahupun jus buah-buahan.


7. Soalan :
Bagaimana cara pengambilan HPM oleh pesakit yang mengalami masalah buah pinggang dan jantung?


Jawapan:
Mereka yang mengalami masalah buah pinggang dan jantung tidak boleh meminum air dengan jumlah yang banyak-hanya boleh minum sekitar 1 liter sehari sahaja.


8. Soalan :
Bagaimana produk SRASEE membantu kita semua kembali sihat secara semulajadi?


Jawapan :
SRASEE membantu kita merawat punca penyakit.  Dengan pengambilan HPM dan air masak sekurang-kurangnya 2 liter sehari akan menyingkiran segala toksin/ racun / asid dalam tubuh badan kita.  Pengambilan HPM yang konsisten seperti yang disarankan akan memperbaiki tahap kesihatan anda secara semulajadi.  Manakala, produk-produk SRASEE yang lain pula akan bertindak secara luaran dengan baik apabila diamalkan dengan betul dan secara konsisten. (Sila rujuk tajuk kami “Cadangan Produk Kesihatan” untuk maklumat lanjut)


9. Soalan :
Bagaimana Aromatherapy Potion (AP) dan Aromatherapy Booster (AB) merawat penyakit?


Jawapan :
Aromatherapy Potion (AP) dan Aromatherapy Booster (AB) adalah kaedah terapi bauan.  Terapi bermaksud perlakuan secara kerap dan berterusan bagi mencapai apa-apa kesan yang dihajati.  Ia perlu digunakan secara teratur dan konsisten menurut cadangan penggunaan yang disyorkan serta perlu disertai dengan rasa yakin, redha dan bertawakal kepada Allah. InsyaaAllah. (Tiada penggunaan jampi serapah dalam AP dan AB ini)


10. Soalan :
Apakah kesan-kesan tindakbalas yang biasanya dialami oleh individu selepas mengambil Halia Pala Mint (HPM)?

 

Jawapan :
Kesan tindakbalas yang dialami oleh individu adalah berbeza-beza mengikut tahap kesihatan masing-masing.  Antaranya ialah kerap membuang angin, sakit-sakit badan dan membuang air besar berlendir.

11. Soalan :
Apakah teknik terbaik pengambilan Halia Pala Mint (HPM)?


Jawapan:
Berdasarkan maklum balas pelanggan, teknik melarutkan HPM dalam air masak adalah teknik yang akan membuahkan hasil pemulihan kesihatan yang lebih cepat.


12. Soalan :
Apakah amalan cara pengambilan makanan atau minuman yang terbaik dalam kehidupan seharian kita?


Jawapan :

a) Mengamalkan pengambilan air masak sekurang-kurangnya 2 liter sehari (tingkatkan lagi pengambilan air masak jika anda terlebih mengambil minuman / makanan yang manis atau masin);

b) Mengurangkan/mengelakkan pengambilan sotong, daging dan ayam (jika makan – pastikan dikunyah hingga benar-benar hancur);

c) Mengurangkan/mengelakkan pengambilan teh, kopi dan minuman berkafein (kafein yang tinggi boleh menggangu fungsi ginjal);


d) Banyakkan memakan sayur-sayuran dan buah-buahan

 

×
×
×
×
×
×
×