My Muslim Choice

A - PENGENALAN :

 
“My Muslim Choice” merupakan sebuah kedai online untuk memudahkan pengguna produk kesihatan keluaran Bumiputera Islam untuk membeli produk ini secara online tidak mengira di mana anda berada. 
 
Kami juga merupakan salah satu stokis rasmi yang dilantik oleh syarikat Bumiputera Muslim, SRA C BEAUTY & HEALTH untuk membantu anda membeli produk kesihatan  jenama Srasee dengan mudah.  Kami turut bersedia membantu anda dengan memberikan cadangan jenis-jenis produk yang bersesuaian dengan masalah yang anda hadapi. Anda digalakkan untuk merujuk kepada “CADANGAN PRODUK KESIHATAN”  untuk maklumat lanjut.
 
Anda semua dinasihatkan agar mengambil produk Srasee ini mengikut cadangan yang diberikan, mengikut jumlah yang disyorkan, sentiasa istiqomah, berdoa dan bertawakal kepada Allah. Mudah-mudahan, ikhtiar kita dengan pengambilan produk-produk ini memberikan kesihatan dan kehidupan yang lebih baik dan sempurna untuk kita semua.
 
HALIA SEBAGAI ASAS RAWATAN TERBAIK TUBUH BADAN MANUSIA :
 
Menjadikan halia sebagai asas produk kesihatan SRASEE ini, halia mengandungi air, karbohidrat, serat, kalium, fosforus, kalsium, tenaga, protein, gentian, niasin, asid amino, gingerols, oleoresin, pati minyak, vitamin A, B dan C, lemak dan asid organik.
 
Ia dikatakan dapat merawat penyakit banyak angin dalam badan, sakit kepala, sistem pencernaan bermasalah, sakit jantung, muntah, cirit-birit, sembelit, asma, sakit perut, pengaliran darah bermasalah, mati pucuk, lemah tenaga batin, urat saraf lemah, kekejangan dan masalah sakit puan seperti keputihan dan ketumbuhan cyst/fibroid.
 
Halia juga merupakan herba tradisional untuk mencegah kanser.  Ia juga dapat mengurangkan tekanan dan kebimbangan. Kajian turut mendapati bahawa halia adalah sumber antioksidan terbaik kerana ia mengandugi gingerol (antioksidan yang kuat) yang dapat membantu membersihkan bahan kimia berbahaya yang dihasilkan oleh tubuh apabila kita berasa tertekan (stres) dan bimbang
 
Selain itu juga, halia berperanan menguatkan sistem imun tubuh badan manusia.  Terdapat dua (2) antibiotik semulajadi dijumpai dalam halia. Halia dapat mengurangkan demam dan selsema.  Halia ini dapat mencegah penghasilan sitokin yang boleh menyebabkan rasa sakit dan bengkak. Sifat anti radang yang ada pada halia menyebabkan ia sangat baik untuk mengelakkan berlakunya keradangan yang teruk.
 
Bagi anda yang sangat mementingkan kesihatan dan ingin sihat secara semulajadi, jangan lepaskan peluang mengambil tablet HALIA PALA MINT (HPM), keluaran Bumiputera Muslim.  Untuk maklumat lanjut, sila ke halaman maklumat produk.
×
×
×
×
×
×
×